Servis Pemasaran Email

"Tingkatkan prestasi perniagaan online anda menerusi teknik pemasaran tertua dan terbaik di alam maya!"

Mantapkan Perniagaan Online Anda Sekarang!

Klik Di Sini Untuk Melanggan

Empat Sebab Utama Mengapa Servis Kami Terbaik Untuk Anda

Kami menjalankan pelbagai jenis perniagaan online menggunakan teknik pemasaran email. Jesteru itu kami mengetahui apakah yang diperlukan oleh anda sebagai bakal pelanggan kami. Kesemuanya dirangkumkan bersama untuk memberikan servis terbaik buat anda.

  • Sistem Autoresponder Yang Canggih

    Sistem autoresponder kami mempunyai pelbagai fungsi yang mampu membantu memudahkan kerja-kerja pemasaran email anda. Ianya adalah setanding dengan pesaing-pesaing yang bertaraf antarabangsa. Fungsi-fungsi tersebut juga sentiasa ditambah dari masa ke semasa.

  • Panduan, Case Study, Template Pemasaran Email & Bonus

    Untuk memastikan client kami berjaya dalam pemasaran email, pihak kami turut menyediakan panduan-panduan terkini, case study, template (squeeze page & email followup) serta beberapa bonus yang akan dibekalkan dari masa ke semasa secara percuma.

  • Khidmat Sokongan Yang Responsif

    Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan khidmat sokongan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan kami. Antara kemudahan khidmat sokongan yang disediakan termasuklah bantuan menerusi support ticket dan juga support group (Facebook).

  • Pindah List Daripada Autoresponder Lama.

    Sekiranya anda telah mempunyai autoresponder dan kini ingin berpindah ke StreamSender, list anda boleh dipindahkan tanpa perlu pengesahan semula (re-confirmation) dengan beberapa langkah mudah sahaja.

Mantapkan Perniagaan Online Anda Sekarang!

Klik Di Sini Untuk Melanggan

Fungsi & Kelebihan StreamSender

Sistem autoresponder kami mempunyai pelbagai kelebihan yang mampu membantu mengautomasikan perniagaan online anda. Di antaranya adalah :

  • Email Followup & Newsletter

    Fungsi ini membolehkan anda menghantar email promosi secara automatik kepada subscriber. Dengan ini, ketika anda sedang tidur/bercuti sekalipun autoresponder akan lakukan kerja-kerja promosi untuk anda.

  • Smart Segment

    Menghantar email promosi kepada semua subscriber adalah satu kesilapan yang besar. Email marketer yang bijak biasanya akan mengasingkan subscriber mengikut kecenderungan mereka (aktiviti klik, open, forward dan sebagainya). Ini boleh dilakukan dengan fungsi Smart Segment.

  • Form Designer

    Membina opt-in form memerlukan sedikit pengetahuan teknikal. Dengan fungsi Form Designer, anda boleh membina opt-in form dengan mudah. Hanya perlu drag & drop sahaja.

  • Trigger Action

    Trigger Action membolehkan anda menghantar email secara automatik kepada subscriber berdasarkan kepada aktiviti mereka (open, click dan forward email). Dengan ini email yang betul dapat dihantar kepada prospek yang betul pada masa yang betul.

  • A/B Split Testing

    Dalam pemasaran email, adakalanya kita perlu melakukan percubaan untuk melihat kadar respon daripada subscriber. Untuk melakukan percubaan ini, A/B Split Testing boleh digunakan.

  • Advanced Report

    Untuk membuat penilaian terhadap keberkesaan pemasaran email, satu set report yang lengkap telah disediakan untuk anda. Anda hanya perlu merujuk kepada report yang disediakan untuk membuat penilaian mahupun tindakan susulan.

Mantapkan Perniagaan Online Anda Sekarang!

Klik Di Sini Untuk Melanggan

Soalan Lazim

Apakah yang ditawarkan oleh pihak StreamSender?

Pihak kami menawarkan servis autoresponder. Dengan adanya autoresponder, anda boleh menghantar email promosi secara automatik kepada bakal pelanggan anda dari masa ke semasa.

Berapakah harga servis autoresponder ini?

Harga yang kami tawarkan adalah mengikut jumlah list. Ianya adalah mengikut harga pasaran semasa. Untuk maklumat lanjut tentang harga, sila klik di sini.

Adakah email yang dihantar dijamin tidak akan masuk spam?

Secara jujurnya, tidak ada satu servis autoresponder pun di dalam dunia ini yang boleh menjamin kesemua email yang dihantar tidak akan masuk ke spam box walaupun delivery rate mereka 100%. Untuk StreamSender, pihak kami hanya boleh memastikan delivery rate kami berada di tahap yang terbaik sahaja disamping memberikan pandangan sekiranya terdapat email yang masuk ke spam box. Kami tidak mampu memberi janji palsu dengan menjamin 100% email akan masuk ke inbox.

score

P/s : Nilai di atas berubah-ubah mengikut kualiti list semasa.

Adakah saya boleh import list daripada autoresponder lama saya tanpa perlu re-confirmation?

Ya boleh dengan syarat anda haruslah menghantar email terlebih dahulu menggunakan autoresponder lama. Selepas hantar, anda perlu beri maklumat akses autoresponder lama anda kepada pihak kami untuk membolehkan kami memilih list yang masih aktif sahaja. Ini penting untuk memastikan delivery rate StreamSender tidak terjejas.

Saya tak tahu dan tak pandai email marketing. Adakah pihak StreamSender akan ajar saya?

Maaf, pihak kami hanya boleh berikan panduan/bantuan berdasarkan kepada soalan/keadaan tertentu sahaja. Kami tidak boleh mengajar anda dari A-Z kerana ia di luar skop servis kami. Sepertimana anda membeli kereta Honda, pihak Honda tidak akan membantu anda belajar memandu kereta hingga dapat lesen. Walaubagaimanapun, atas dasar komitmen ingin melihat client berjaya dalam pemasaran email, pihak kami akan menyediakan tips serta panduan yang akan diberikan dari masa ke semasa.

Jika saya gunakan autoresponder, adakah jualan produk saya dijamin akan laris?

Maaf, pihak kami tidak dapat memberi jaminan sebegitu kerana autoresponder hanyalah "alat" untuk menjalankan pemasaran email. Kejayaan sesuatu perniagaan online pula bergantung kepada banyak perkara seperti yang di luar kawalan pihak kami.

Adakah pihak StreamSender akan dapatkan subscriber untuk saya?

Maaf, pihak kami hanya menyediakan servis autoresponder sahaja. Kami tidak terlibat dengan sebarang proses mendapatkan subscriber untuk client.

Mantapkan Perniagaan Online Anda Sekarang!

Klik Di Sini Untuk Melanggan