Salam hormat rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana telah mendapatkan panduan Email 2.0 ini…Saya tahu, anda sekarang dah teruja untuk mendalami ilmu pemasaran email...Tapi, eloklah anda bersabar dan beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah terlebih dahulu.

Untuk makluman anda, saya dah beli banyak panduan dan dah keluarkan banyak panduan juga...Jadi saya dah faham sangat, ramai pembeli yang semangat berkobar-kobar hingga tak sedar mereka terbaca dengan kelajuan 160 km/j...Akibatnya hanya 5% sahaja kandungan yang masuk dalam kepada...Selebihnya tak dapat dihadam dengan betul...Oleh yang demikian, pastikan anda baca mengikut had laju standard supaya semua ilmu yang saya sampaikan dapat dihadam dengan sempurna.

Untuk membolehkan anda berjaya dalam pemasaran email, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah memahami ilmu tentang pemasaran email (contohnya panduan ini)...Oleh yang demikian, sekiranya anda tak faham apa yang saya terangkan, pastikan anda baca lagi dan lagi sehingga faham...Jangan malas sebab orang malas memang biasanya tak berjaya...Jika anda perlukan bantuan, anda boleh chat/email/wassup saya pada bila-bila masa...Cuma saya akan reply ikut waktu bekerja saya...hehe Akhir sekali, untuk memaksimumkan pemahaman anda, eloklah anda keluarkan pen dan kertas untuk catat apa yang patut...Then baca dengan kadar perlahan (sekadar telinga anda sendiri dengar)...Ini jugak penting kerana kite akan lebih mudah faham jika kita gunakan kesemua anggota yang sepatutnya terlibat kita sewaktu membaca iaitu mata, mulut, telinga, kepala dan tangan.

Selamat membaca... 🙂