Penutupan Servis – Tawaran Multi User Account + Lifetime License

NoteMaaf, tawaran ini telahpun ditutup... ๐Ÿ™

Alhamdulillah...Sejak 16 Mac 2013 penubuhan StreamSender, seramai lebih kurang 160 orang pernah menggunakan servis ini dengan mengambil pakej berbayar dengan bayaran minimum RM90/month...Terus terang saya katakan, saya banyak buat untung untuk servis StreamSender...Mungkin cukup untuk beli sebijik dua Honda Accord 2.4... ๐Ÿ™‚ ...Hasil keuntungan tersebut saya gunakan untuk menyara keluarga dan mengembangkan bisnes.

Walaubagaimanapun, saya perlu muhasabah diri...Ramai client-client yang saya ajar mereka dari zero berjaya jadi jutawan dalam tempoh beberapa bulan sahaja...Sedangkan saya sendiri masih lagi jauh untuk ke tahap tersebut...Bukan saya tak gembira atau cemburu dengan kejayaan mereka...Cuma kalau boleh, saya nak seiring dengan mereka.

Kenapa saya masih ditakuk lama?

Jawapannya memang saya dah tahu sejak dulu lagi...Iaitu saya TAK BOLEH FOKUS untuk sesuatu projek kerana terlalu banyak projek yang saya handle (projek sendiri dan client)...Sebab itu saya hanya sempat ajar orang saje, tapi tak sempat nak apply untuk diri sendiri!

Seorang sifu boleh ajar 30 orang murid hingga mereka jadi doktor, engineer, usahawan, menteri dan sebagainya...Tapi hampir mustahil untuk sifu tersebut jadi semua tu dalam satu-satu masa...Kalau sifu tersebut nak jadi usahawan, beliau perlu berhenti mengajar dan ceburkan diri dalam perniagaan.

Itulah yang saya perlu lakukan!

Penyelesaian

Bermula tahun 2016 nie, saya perlu buat perubahan drastik...Umur pun dah masuk 33 tahun...Takkan dah kena gaut baru nak dapat rasa pakai kereta mewah...Nak tekan minyak pun dah tak kuat bhai... ๐Ÿ˜† ...Itu contoh saje...Bukan priority...Anyway saya kena bertindak sekarang!

Atas tujuan itu, saya telah memilih beberapa model projek/bisnes sahaja untuk tahun 2016...Apa yang malangnya adalah, bisnes StreamSender tak termasuk dalam bisnes pilihan saya...Bukan kerana bisnes nie tak bagus atau kurang untung, tapi ada sebab-sebab teknikal yang tak dapat saya terangkan dekat sini.

Walaubagaimanapun, jika anda sekarang merupakan client StreamSender, anda tidak perlu bimbang kerana anda tetap boleh bayar bulan-bulan dan gunakan StreamSender macam biasa...Saya cuma tak terima client baru sahaja.

Rahsia Bisnes Autoresponder!

Baiklah, untuk makluman anda...Ada 2 kos yang saya perlu tanggung untuk run servis StreamSender iaitu kos server dan kos SMTP...Untuk kos server, ianya memang mahal...Inilah sebenarnya kos bulanan terbesar yang perlu saya tanggung buat masa nie...Tapi saya boleh abaikan kos tersebut (untuk StreamSender) sebab sama ada saya run StreamSender atau tak, saya tetap kena bayar kos server...Ini semua sebab kesemua bisnes-bisnes saya yang lain termasuk bisnes sebilangan client saya dihostkan pada server yang sama.

So, saya bolehlah anggap kos WAJIB bagi StreamSender hanyalah kos SMTP sahaja...Untuk makluman anda, kos SMTP murah je sebenarnya...Pihak supplier saya charge ikut kadar penggunaan seperti berikut :

  • $9.95/month = up to 25k email
  • $0.20/thousand = next 1 million emails per month
  • $0.15/thousand = next 5 million emails per month
  • $0.10/thousand = remaining emails

Sedangkan harga StreamSender yang saya tawarkan pulak berganda lebih mahal daripada kos... ๐Ÿ˜†

Btw, anda janganlah pulak cakap saya makan riba'...Saya dah rujuk beberapa orang ustaz sebenarnya...Dalam bisnes, kita sebenarnya boleh ambil keuntungan sebanyak mana yang kita mahu serta relevan selagimana ia tidak berunsur penindasan serta penipuan...Kecualilah untuk produk-produk RUJI seperti beras, gula, etc.

Actually harga yang saya tawarkan tu ikut harga pasaran (Aweber & Getresponse) sebelum kejatuhan nilai ringgit...Memandangkan featuresnya hampir sama, jadi saya pun letak harga yang lebih kurang sama...Selain tu, saya jugak perlu buat backup kalau-kalau client hantar email secara ekstrem...Semua tu dah saya masukkan dalam pengiraan sebelum letak harga.

TAPI...

Mujurlah majority client saya hanya hantar email sekitar 3 ke 4 kali sahaja dalam sebulan...So kalau mereka ambil pakej up to 2500 email (RM90/month), dalam sebulan mereka hanya hantar 10k email sahaja.

  • Bayaran diterima = RM90
  • Kos = $0.20 x (10k/1k) = $2 (RM9)
  • Untung = RM90 - RM9 = RM81

Lebih kurang macam tulah rezeki yang saya perolehi sepanjang tawarkan servis StreamSender... ๐Ÿ˜€

Tawaran Untuk Anda

Memandangkan saya akan tutup pendaftaran untuk client baru bermula 1/1/2016, jadi saya nak bukak satu tawaran istimewa untuk anda semua...InsyaAllah kalau anda grab tawaran nie, anda akan jimat banyak untuk buat email marketing, boleh buat bisnes sampingan dan jugak boleh boost sale dengan panduan yang saya berikan dalam tawaran ini.

  • Multi-User Account
  • Dapat kos SMTP direct daripada pihak supplier tanpa melalui saya (saya tak ambil untung)
  • Tak perlu bayar kos server setiap bulan pada saya.
  • Dapat panduan Email 2.0 untuk diri sendiri dan user lain.

Secara detailnya, apa yang saya tawarkan adalah multi-user account pada harga kos (direct pada supplier)...Saya telah bukak beberapa pakej...Setiap pakej membenarkan anda add beberapa orang user...Jika ikut harga biasa, anda bukan sahaja kena bayar mahal, bahkan anda cuma boleh guna seorang saje (dapat satu akaun)...No cutting-cutting & no tong-tong with friends!

Tapi untuk offer kali nie, anda akan dapat beberapa akaun (ikut pakej)...So anda boleh kongsi dengan kawan atau boleh kenakan bayaran bulanan pada kawan-kawan yang guna akaun anda...Anda tak perlu risau tentang hal-hal teknikal sebab saya memang perlu uruskan sama ada anda grab offer ni atau tak...Ibarat anda beli secawan teh tarik...Tapi anda dapat 10 cawan...Anda minum secawan dan 9 cawan lagi anda boleh bagi atau jual.

  • Pakej MULTI-USER BASIC = up to 3 account
  • Pakej MULTI-USER INTERMEDIATE = up to 15 account
  • Pakej MULTI-USER PRO = up to 50 account
  • Pakej MULTI-USER ULTIMATE = unlimited account

Dari segi bayaran, anda hanya perlu buat dua bayaran sahaja :

  • Bayaran Lump sum = Untuk saya (pihak StreamSender)
  • Bayaran Bulanan = Untuk supplier SMTP

Bayaran lump sum adalah bayar SEKALI SAHAJA yang saya kenakan pada anda...Anda kena bayar pada saya untuk saya buat integration akaun SMTP anda dengan software StreamSender...Untuk bayaran SMTP pula, anda perlu bayar direct pada pihak supplier tanpa melalui saya...Kadar bayaran ikut jumlah penggunaan anda dan user lain yang ada dalam akaun anda.

  • $9.95/month = up to 25k email
  • $0.20/thousand = next 1 million emails per month
  • $0.15/thousand = next 5 million emails per month
  • $0.10/thousand = remaining emails

Untuk buat bayaran pada supplier, pastikan anda mempunyai debit/credit card sebab mereka nie company international...Tak terima bayaran thru M2u, CIMB dan sebagainya... ๐Ÿ˜†

Sangat Untung Dan Menjimatkan!

Ok, jom kita buat sedikit kira-kira...Katakan anda ambil pakej Multi User Intermediate dan anda ingin kongsi akaun bersama rakan-rakan anda yang rata-rata masih newbie dan memiliki list sekitar 1k setiap seorang...Bayaran bulanan SMTP akan dibayar sama rata...Jika anda dan rakan anda hanya hantar 4 kali email dalam sebulan, maka jumlah keseluruhanย  email yang dihantar adalah :

- 15 orang x 1000 x 4 kali = 60000 email/month

Setiap bulan, anda dan rakan hanya perlu bayar kos SMTP sebanyak :

- $9.95 (untuk 25k email) + 35k email (60k - 25k) x $0.20/1k = $16.95/month

Jika dibahagikan 15 orang, setiap orang hanya perlu bayar :

- $16.95/15 org = $1.13/user/month (RM5)

Amacam...Jimat tak? Kalau anda tak grab offer ni, setiap bulan anda perlu bayar RM90 (StreamSender) atau $25 (RM110 - Getresponse) atau $29 (RM128 - Aweber)...Sangat-sangat menjimatkan kan... ๐Ÿ˜€

Itu kalau kongsi bayar...Macam mana pulak kalau anda kenakan bayaran bulanan macam StreamSender pada 14 account yang lain? Jom kita kira untung kasar terlebih dahulu :

- 14 org x RM90 = RM1260

Untuk untung bersih, kita tolakkan dengan kos keseluruhan SMTP :

- RM1260 - RM75 ($16.95) = RM1185/month

Haa...tak pasal-pasal anda boleh dapat untung RM1185 setiap bulan...Dah cukup sangat tu nak buat bayar Honda City bulan-bulan...Untung kan... ๐Ÿ˜€

Okeh...Clear...So Berapa Bayaran Lump Sum Yang Perlu Saya Bayar Jika Saya Berminat?

Untuk soalan ni, saya tak boleh nak jawab kat sini atas sebab-sebab tertentu...Jika anda betul-betul berminat dan nak tahu lebih lanjut, apa kata anda Whatsapp saya kat nombor berikut : 011-32486452...Kita boleh bersembang secara personal dan lebih detail lagi incase ada perkara-perkara yang anda masih kurang jelas.

Satu-satunya cara untuk grab offer ini adalah dengan Whatsapp saya di nombor "011-Maaf_offer_dah_ditutup"...Saya akan berikan arahan secara manual di sana... ๐Ÿ˜€

Owh yea, sebelum terlupa, jika anda nak cuba akses StreamSender, anda boleh gunakan maklumat login berikut :

URL = http://www.streamsender.com/r/app/index.php?/user/

Username = demoย ย  |ย ย  Password = demo

Baiklah...Sekarang tiba masa anda untuk berfikir masak-masak sama ada nak grab offer ni atau tak...Saya akan buka offer ni hingga jam 11.59 malam (31/12/2015) sahaja...Bila bunga api dan mercun dah berbunyi, saya mintak maaf...Tawaran ini tak lagi valid kecuali untuk kes-kes terpencil... ๐Ÿ˜†

3) Adakah saya dan setiap user under saya akan dapat akaun masing-masing? +

Ya, setiap user akan diberikan satu akaun StreamSender...Anda tidak perlu berkongsi list dengan user lain.

4) Bolehkan saya nak install StreamSender guna domain pilihan saya sendiri? +

Maaf, kami tidak menawarkan servis seperti itu untuk kali ini. Anda dan user lain akan menggunakan domain streamsender.com

5) Saya berminat. Tapi sekarang takda modal. Boleh saya bayar secara ansuran? +

Maaf, kami tidak menerima bayaran secara ansuran. Walaubagaimanapun, anda boleh request untuk bayar guna credit card jika perlu.

6) Jika saya gagal dapatkan user lain, bolehkah saya minta refund? +

Maaf, tiada jaminan refund disediakan untuk tawaran ini.

7) Saya tak pandai email marketing...So adakah offer nie sesuai untuk saya? +

Anda jangan bimbang kerana anda akan dibekalkan dengan panduan Email 2.0 yang masih belum ramai tahu akan kehebatannya...Selain itu, support jugak turut diberikan jika anda perlukan.

8) Apa saya perlu buat setiap kali nak add user baru under saya? +

Anda hanya perlu bagi Nama, Email, Username dan Password yang user baru nak gunakan untuk akses StreamSender...Then pihak saya akan createkan akaun untuk user baru dan maklumkan pada anda bila dah siap.

9) Saya tak berminat dengan tawaran ni...Tapi saya berminat nak langgan StreamSender pada harga normal...Adakah masih boleh? +

Ya, anda boleh langgan StreamSender pada harga normal selewat-lewatnya pada jam 11.59 mlm (31/12/2015)